Sunday, December 27, 2009

puisi untuk dia

dia lebih kebal dari askar-askar
melawan nyamuk yang hampiri
tubuhku walau sejengkal

dia lebih hebat dari penyanyi terkenal
dodoikan aku yang masih kecil
hingga lena tak sedar

kalau hari ini dia mahukan
semua yang pernah aku tagih
akulah makhluk yang paling tak layak
untuk bertatih

kalau hari ini dia hutangkan
semua yang dia beri
akulah manusia yang paling tak mampu
membayarnya sampai mati

ya.

paling.



27 Disember aku tak akan lupa, hari untuk dia
selamat hari lahir mak

Tuesday, December 15, 2009

biar bisu

biarlah aku gila
daripada waras tapi bodoh macam mereka
biarlah aku hodoh
daripada cantik kacak tapi keji macam dia
biarlah aku macam aku
daripada dia yang berusaha nak jadi mereka

kau jangan sibuk
aku tak kisah pasal kau
biarlah aku bisu
jangan paksa aku doa
untuk beliungkan ribut yang kau lempar

kambus sahaja aku ini
daripada kau rejam dengan cacian busuk itu

dan bertepuklah pada hari aku mati


semoga hidayah menyebelahi kamu

Tuesday, December 8, 2009

lewat petang, jangan

dan diletakkan kepala pada lewat petang yang penat
ayam raksasa berkaki lima kejar terus terus
dipaksakan terbang kepakkan sayap dari belikat
lalu datang naga sakti, tak mati meski dihembus hangus

dimintakan tolong sang pari-pari hikmat,
mata masih terpejam rapat

"cukup-cukuplah lena,
langit dah kelam,
maghrib dah datang"


Saturday, December 5, 2009

kosong

pada sepi itu, aku








tenang.aman.sebentar

Wednesday, December 2, 2009

i don't need a time machine

i am me not song not symphony
when it goes wrong
i can fix the melody

i am here
i am fine
can't turn back time
to fix what i've done

i can't go
can't turn back time
even i can do so
the sun still one the moon still shine

and i said,
"no, i don't need it"

i am here
with eyes blinking
just dare to dream
because reality is not what it seem


depan masih jauh. jangan berpatah balik

Thursday, November 26, 2009

yang terlupakan

bulan belum mahu tenggelam

waktu itu dipalu-palukan beduk buruk
sudah
hampir lima subuh
bawah gebar kita menyorok

sebelum bumi tak lagi kuat berputar
lekapkan lutut
telangkupkan telapak jemari ke tikar
rapatkan dahi ke lantai jangan ingkar

sebelum matahari tak lagi janji
nak terangi kita
sedarlah
kita singgah tak lama


we always left it behind, did you realized? sujudlah

Monday, November 23, 2009

diam kau

sorak kau memang kuat
salah sahaja kau ludah kau maki pekat

borak kau memang lebat
kalau benar kau hebat, pamerkanlah
bangsat



Friday, November 20, 2009

silakanlah

silakan kata aku bodoh
silakan hina aku dengan sial

asalkan aku tak sebebal kau
yang patuh dengan nafsu syaitan


AlhamduLillah...

Tuesday, November 17, 2009

Fynn Jamal kata

dia kata kalau suka jangan menari atau tepuk tangan
cuma pejam mata dan layan

aku tak pernah gerak
hujan pun aku tak beranjak setapak

sebab dia pertontonkan
sebab dia Fynn Jamal


konserto Anti Dadah di Laman Budaya Shah Alam
Sabtu 14 November 2009
0600 petang

Wednesday, November 11, 2009

sekejap



ada perkara atau perasaan yang terlintas tiba-tiba dan buat kita fikir seketika

Friday, October 30, 2009

burung besi

burung besi nanti dulu jangan pergi
desir gegendang kau tikam
dengus bunyi terbekam

burung besi, nanti janji sama aku
bawa aku terbang lalu langit limpas awan
khabarkan pada angin bisikkan pada semua
nanti mimpiku takkan tersia

moga-moga


hari-hari aku lihat dia, aku nak terbang sama tapi belum kesampaian

Monday, October 26, 2009

hitam jangan hilang

aku sisir rambut
hitam dengan jari tak ketar
aku kenakan kaca percuma
hitam sedikit renggang
aku capai baju
hitam berbutang di ampai

tuju

celah dinding bata yang langit
hitam kita cuma tiga

tangkap

dari atas tripod
dengan lensa kaca arah kita
jangan dalam maya kita
hitamkan hilang lagi semua

cuma

bukan sengaja nak
beri cemburu mereka-mereka


bukan nak jadi model, bukan nak tinggi diri tunggu puji, cuma nak tunjukkan kebolehan yang diberi..jangan malu jangan tunggu..

Friday, October 23, 2009

lagi-lagi sendiri lagi

lagi..
hati kosong sadurnya sepi
lagi..
tenggorok bercarutan dahaga repekan

pandangan bobos, poros bak kompos
tubuh kurus pun jadi gemuk terperuk

selagi rasa tak mati-mati
detaklah kaki bilanglah jari

dia pijak
dia penyekkan hati
dia datang lagi


hahaha aku sorang-sorang lagi...

Saturday, September 19, 2009

bertahan

Titis peluh cair
Perlahan

Tak mampu kuhalakan kornea
Tak mahu lihat kau kelemahan

Gerak bibir getir
Kau kuat...tahan

Jangan patahkan asa
Terus mohon padaNya

Ku tahu kau pasti mampu


"kepada Zack...Kau kuat, semoga cepat sembuh dan sihat"

tak pernah

Pernah rasa nak gelak
Pernah rasa nak tetak
Pernah aku menangis
Pernah airmata menitis
Pernah rindu berlagu
Buntu bak silaukan lelatu

Tapi kawan...
Yang pernah aku rasa sekarang
Tak pernah ada semalam

Aku rindukan gelak
Duduk lepak tak rasa nak jeluak

Aku rindukan telatah
Cakap petah tanpa noktah

Aku rindukan menyanyi
Berdiri menari, mencanting puisi

Kenapa?
Dulu pernah aku rasa?
Tak ada...

"setiap orang pernah rasa gembira, tp ada masa yang paling gembira dalam hidup yang datang cuma sekali...hargainya~"

Saturday, September 12, 2009

miss you

Tears going down
Like dew at the dawn

I don't know what to do
Just wanna say I'm gonna miss you

really miss you


"if you miss someone, don't afraid to tell him or her"

tunggu

Ku lari kau kejar
Ku terbang kau gapai

Andai ku tak bisa lari dan bertahan di awangan
Ku kan rapuh jatuh dan berderai

Andai silamku hilang dan kau masih di depan
Kau sambut sayapku
Pundakku kau tahan

Beri ruang saatku bilang
Esok ku datang terpacul jawapan

Kau pasti
Bertugu hati
Tunggu...
Lagi...


"susah untuk kita lupakan masa silam kita dan beri hari esok pada orang lain, tapi harapan masih ada"

bulan

Tersadung jatuh bangkit menjerit
Silau pijar, malam kau terbit

Kau tegur, ku sedar terpegun
Kau tegar, takkan lepaskan

Kau dah curi
Tapi tak lari

Sudah, sudahlah
Kau dah curi
Kau curi lagi

Hati...
"sedar atau tak, ada org dah curi hati kita, kita cuma mampu bagitau dia, tp tak mampu nk dapatkan"

Wednesday, September 9, 2009

5 Things I Hate About Polaris

I hate when we are together
And now become small a
nd smaller


I hate we win all the game
And now we destroy all the
fame

I hate we love each other
And will miss a
ll of you forever

I hate the way we form our team
Even worst its melt like an ice cream


And the most hate is
I don't hate POLARIS
Its make me dry
Without you I cry
Till the day I die...


::special thanks to all Polariard

Sunday, September 6, 2009

why?

Stay and shy
Pray without cry

Run, run and run
Run away from the sun
But the moon came in front

Why here, why now
Why us
Why?
Why?

kuyu

Kaku, layu
Lagu mendayu
Bisu, tunggu
Tak ambil tahu

Aku
Aku
Aku
Kuyu...

semalam

Tersungkur jatuh
Berlari riang

Kulorek senyum
Kutahan tangisan


Tapi semalam...
Kulebur silam kukendong kenangan

Terasa berat untuk berjalan

Kawan...

:: tribute to all DPC'02..it special to Polaris n the 'Karok Gang's'

otak aku

Otak aku karat
Bersimpang seriat
Tak rasa berat
Walau dah sendat

Aku campak semua serabut
Ada juga yang taknak ikut
Aku baring cuba nak mimpi
Bila bangun rasa nak lampi

Cara kau aku tak masuk
Macam anak kecik dah kena rasuk
Kenapa nak bohong asyik melolong?
Kan senang mengucap kat celah kerongkong

Otak aku allergi dengan semua ni
Hati dah rentung dengan omong kosong
Pergi la...
Aku tak suka!

Cairkan serabut tu!
Bagi balik otak aku...

dear Night Light












If I have a power
There's no one can make me sober
But your kryptonite word digging me harder
And touch my heart, soldering my fear

If I am a singer
I sang the song to threw my anger
But your breath sound whistling lighter
And crash my anger to be your lover

If I am a sprinter
I ran from you that make a breakthrough
But you chasing me and shuffling faster
Stuck on me wherever I go

But...
I don't have power to stop you
I am not a singer to silence you
I am not a sprinter to hide from you

I saw your smile just like a flower
Even my deepest word does not linger
I melt inside but don't need to bother
Please be just friend, don't shift your future

bintang jatuh

Kehadapan Bintang Jatuh
Apa mungkin aku pejamkan mata tuk menyapa untaianmu?

Hingga berhelai hari kulukis langit dengan pena harapan

Atau apa lagi harus ku jadi untuk menerpa pijarmu?


Ahh..

Aku hanya manusia bodoh

Yang mencoba tuk terbang ke sana

Tuk luluhkan impian

Yang tak pernah rapuh bertahan


Yang nyata...

Kelmarin bukan semalam

Layaknya sang cahya menari riang

Esok kupasti kau takkan hilang


Sungguhpun semua takkan pernah bisa sempurna

Akan kutunggu dan terus menunggu

Kerna kamulah bintang itu

dan aku rasa...Palestina

aku hidu udara, mereka hidu asap
aku titis airmata, mereka berdarah pekat
di sini denting nada, di sana dentum lara
gelap aku ada cahaya, benderang mereka letupan duka

kita baring, seronok dan ngorok
mereka sorok elak dirodok

kau tak rasa?

lontarnya batu dibalas peluru
kuburnya satu mayat beribu
mati akalnya tertutup kata
wilayahnya kecil hampir tak ada

rumah mereka
jadi pondok buruk, remuk dan bobrok
diancam si bodoh, bangsat dan bongok

kau masih tak rasa?

anak kecil mereka tak tahu apa
lahir sahaja hadap peluru senjata
jangan kata nak lari gembira
nak tatih berjalan pun kaki tak ada

ku tadah tangan mohon padaNya
jihad mereka diterima pastinya syurga

jeritnya pedih
peritnya sedih

aku tahu la
sebab aku lihat, dengar
dan...dan aku rasa