Sunday, September 6, 2009

dan aku rasa...Palestina

aku hidu udara, mereka hidu asap
aku titis airmata, mereka berdarah pekat
di sini denting nada, di sana dentum lara
gelap aku ada cahaya, benderang mereka letupan duka

kita baring, seronok dan ngorok
mereka sorok elak dirodok

kau tak rasa?

lontarnya batu dibalas peluru
kuburnya satu mayat beribu
mati akalnya tertutup kata
wilayahnya kecil hampir tak ada

rumah mereka
jadi pondok buruk, remuk dan bobrok
diancam si bodoh, bangsat dan bongok

kau masih tak rasa?

anak kecil mereka tak tahu apa
lahir sahaja hadap peluru senjata
jangan kata nak lari gembira
nak tatih berjalan pun kaki tak ada

ku tadah tangan mohon padaNya
jihad mereka diterima pastinya syurga

jeritnya pedih
peritnya sedih

aku tahu la
sebab aku lihat, dengar
dan...dan aku rasa

2 comments:

  1. my tears dropping...really touch my heart..
    -IN-
    aiuem

    ReplyDelete
  2. uhuu syuk sedey nyer.... ~ cik sue suhaila ~

    ReplyDelete