Sunday, December 27, 2009

puisi untuk dia

dia lebih kebal dari askar-askar
melawan nyamuk yang hampiri
tubuhku walau sejengkal

dia lebih hebat dari penyanyi terkenal
dodoikan aku yang masih kecil
hingga lena tak sedar

kalau hari ini dia mahukan
semua yang pernah aku tagih
akulah makhluk yang paling tak layak
untuk bertatih

kalau hari ini dia hutangkan
semua yang dia beri
akulah manusia yang paling tak mampu
membayarnya sampai mati

ya.

paling.



27 Disember aku tak akan lupa, hari untuk dia
selamat hari lahir mak

10 comments:

  1. kirimkan 'selamat hari lahir' ya kepada mak anda..
    bertuah dia, indah2,,

    ReplyDelete
  2. terimalah kasih aku wahai kamu2..
    beri pada mak kamu juga..

    ReplyDelete
  3. wah2, mesti mak ko bangga giler ngan ko. bagusnyer ada anak soleh cam ko. aku nih, teruk giler.

    ReplyDelete
  4. ble bace trus aku teringat kat mak aku...
    smlm subuh2 dia call(suare sayu).....risau kat aku drive motor sbb kawan aku meninggal xcident mtor..

    ReplyDelete
  5. sedey mst ade...sntiasa igt mak n abah kita r sblm terlambat..

    ReplyDelete
  6. hepy bufday ustazah (xtaw nama).. hehe.. nnti aku pinjam ek puitis ko ni bg kt hajah Hamidah.. ;p

    ReplyDelete