Sunday, December 27, 2009

puisi untuk dia

dia lebih kebal dari askar-askar
melawan nyamuk yang hampiri
tubuhku walau sejengkal

dia lebih hebat dari penyanyi terkenal
dodoikan aku yang masih kecil
hingga lena tak sedar

kalau hari ini dia mahukan
semua yang pernah aku tagih
akulah makhluk yang paling tak layak
untuk bertatih

kalau hari ini dia hutangkan
semua yang dia beri
akulah manusia yang paling tak mampu
membayarnya sampai mati

ya.

paling.



27 Disember aku tak akan lupa, hari untuk dia
selamat hari lahir mak

Tuesday, December 15, 2009

biar bisu

biarlah aku gila
daripada waras tapi bodoh macam mereka
biarlah aku hodoh
daripada cantik kacak tapi keji macam dia
biarlah aku macam aku
daripada dia yang berusaha nak jadi mereka

kau jangan sibuk
aku tak kisah pasal kau
biarlah aku bisu
jangan paksa aku doa
untuk beliungkan ribut yang kau lempar

kambus sahaja aku ini
daripada kau rejam dengan cacian busuk itu

dan bertepuklah pada hari aku mati


semoga hidayah menyebelahi kamu

Tuesday, December 8, 2009

lewat petang, jangan

dan diletakkan kepala pada lewat petang yang penat
ayam raksasa berkaki lima kejar terus terus
dipaksakan terbang kepakkan sayap dari belikat
lalu datang naga sakti, tak mati meski dihembus hangus

dimintakan tolong sang pari-pari hikmat,
mata masih terpejam rapat

"cukup-cukuplah lena,
langit dah kelam,
maghrib dah datang"


Saturday, December 5, 2009

kosong

pada sepi itu, aku








tenang.aman.sebentar

Wednesday, December 2, 2009

i don't need a time machine

i am me not song not symphony
when it goes wrong
i can fix the melody

i am here
i am fine
can't turn back time
to fix what i've done

i can't go
can't turn back time
even i can do so
the sun still one the moon still shine

and i said,
"no, i don't need it"

i am here
with eyes blinking
just dare to dream
because reality is not what it seem


depan masih jauh. jangan berpatah balik