Wednesday, January 30, 2013

perisai syurga

malam-malam kini bulan tersenyum--menunggu hadirnya hari untukmu
mentari pagi sinarnya ranum--merai dua hati yang kan menyatu

ketika kau 
melangkah ke dalam daerah rindu,
cinta memilih kau dan dia untuk bersatu

ketika kau
berbicara ke dalam bahasa sayang,
rahsia tuhan menentukan kau dan dia
akan temui waktu-waktu tenang

waktu yang memisahkan segala
kegelisahan keseorangan.
waktu yang memusnahkan segala
risau diri menunggu si peneman hati.

tataplah indah lekuk rupanya
yang kan bawamu ke syurga.
tetaplah ada untuk dirinya
dalam mimpi dan dalam jaga.

cintai dia sepenuh hatimu
kerana serusuh mana taufan yang datang
kau punya perisai di sisi tanpa jemu.

dampingi dia sejauh langkahmu
biar sekerap mana ribut merobek hati
di sampingmu masih punya bahu menadah airmata itu.

dialah pria penggebar dingin malammu
dialah perawan pemilik rusuk kirimu
dia untukmu tanpa ragu
dia milikmu tanpa ragu

gemilanglah cinta kamu berdua
berpimpinan bahagia meraih syurga.



puisi ini saya tulis dan baca untuk pertama kalinya pada majlis resepsi sahabat saya, Fazleena Hishamuddin dan Amar Amir.

juga untuk semua pasangan yang meraikan alam perkahwinan.

13 comments:

  1. wow event kahwin ada puisi.menarik arrangement puisi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. atas permintaan Fazleena, saya mmg berbesar hati baca puisi pada majlis dia.

      terima kasih :)

      Delete
  2. Aminnn.. moga mereka berkekalan hendaknya.. :)

    ReplyDelete
  3. speechless! sangat indah. videonya ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :)

      videonya saya tak pasti ada yang rekod atau tak. rasanya cuma juruvideo majlis saja yang tahu.

      Delete
  4. sweet sangat :))

    jengah lepas dengar rakaman kelas pertama buat sekalian kalinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab sudi jengah sini dan 'kelas pertama' yang dah lama tu,hehe

      Delete
  5. akak sangat suka.. !! nk share jugak.. (bikin hati cair saja..)

    ReplyDelete