Sunday, December 30, 2012

jawapan

kenapa kau masih 
bisa tertawa 
ketika luka memanah jiwa?
dibusurkan harapan kejam
menusuk laju ke dalam hati; tajam.

kenapa kau masih 
bisa tenang
di hujung ranting dunia tanpa sayap untuk terbang?
digetarkan sang beliung duga, 
membentes kaki sejatuh-jatuhnya.

kenapa 
tak 
kau 
simpan saja kenapamu?

itu cuma persoalan tolol yang tak perlu kau tanyakan,
asal saja kau masih percaya
dari mana datangnya cinta; adalah punca segala jawapan.



sabar ya sahabat, sentiasa percaya bahawa rancangan tuhan itu paling berbaloi untuk kau tunggu.

17 comments:

  1. sampai masa
    jika diizinkan
    Tuhan akan jawabkan
    segala kenapamu
    waktu tu,kau akan bersyukur

    ReplyDelete
  2. terima kasih.
    memang sedang sangat perlu kata2 ini sekarang.

    sabar.

    ReplyDelete
  3. Gudluck bro nk perform nanti 4 boco7..btw bile event boco7 tu
    N event tu open or private untk yg tertntu je bole join?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. BOCO 7 pada 12 Jan. update di page facebook ok. event tu semua boleh dtg, open dan percuma.

      Delete
  4. kita mmg mcm tu kan..

    suka tnya soalan yang kita tahu takde siapa yg tahu jawapannya

    soalan tolol

    selamat dua ribu 13

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita manusia memang begitu.
      selamat dua kosong satu tiga!

      Delete
  5. tolol tidak skali
    mugkin jua diri itu
    samar punca cinta
    snyum tenang hny puraan
    krna xmau bgitu melarut
    hingga buta akn ap yg ptut

    Punca cinta
    adkh bisa dicari
    ianya anugrah jgn disagkal
    cuma satu
    hargai tnpa timbag tara
    dgn itu
    sekejam mana tajam
    Sekapai mana brada
    ttp snyumn tenang itu gambarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dua yg ada.padam saja yg satu.kerna teknikal sibuk dtg mencelah..(maaf mslah intrnet smp 2 post)

      Delete
  6. ah. andai sahaja aku ketemu tulisan ini saat aku sering bermuram durja suatu masa dahulu.

    simpan sahaja kenapamu, kerana jawapannya penantian si tolol biasanya hanya bersandarkan mereka yang meninggalkan si tolol itu sendiri.

    aku. ya seperti aku.

    ReplyDelete
  7. ~cinta mati~
    sendiri aku masih di sini
    usai kata aku setia menanti
    menitip doa pada illahi
    hati ini terkunci
    adapun cinta yang hakiki
    masih mencari atau terpatri mati

    pujangga bermain kata
    aku hanya bermain mata
    sekali dua mungkin bisa aku berjaga
    lama ku nanti cinta tidak kunjung tiba

    mentari kian tenggelam
    terperosok dalam kelam
    aku meraba mendamba ilham
    sekeping hati mati dalam diam

    bulan silih berganti, aku sendiri lagi

    ReplyDelete