Sunday, December 30, 2012

jawapan

kenapa kau masih 
bisa tertawa 
ketika luka memanah jiwa?
dibusurkan harapan kejam
menusuk laju ke dalam hati; tajam.

kenapa kau masih 
bisa tenang
di hujung ranting dunia tanpa sayap untuk terbang?
digetarkan sang beliung duga, 
membentes kaki sejatuh-jatuhnya.

kenapa 
tak 
kau 
simpan saja kenapamu?

itu cuma persoalan tolol yang tak perlu kau tanyakan,
asal saja kau masih percaya
dari mana datangnya cinta; adalah punca segala jawapan.



sabar ya sahabat, sentiasa percaya bahawa rancangan tuhan itu paling berbaloi untuk kau tunggu.