Monday, October 8, 2012

'rahsia 2 pria' - koleksi puisi dan cerpen


Bermula dengan pertemuan secara kebetulan setelah membaca puisi-puisi saya, Aloy Paradoks dengan berani merancang sebuah projek rahsia. Tulisan serta rasa hati oleh dua pria; Saya dan Adi Wafi digabungkan di dalam sebuah buku.

koleksi puisi dan cerpen
terbitan Selut Press

Pra-pelancaran: 08 September 2012 / Gravy Baby, Shah Alam.
Pelancaran: 22 September 2012 / Annexe Gallery, Central Market.

Buku ini memuatkan puisi-puisi lama dan baru daripada kami, serta prosa dan cerpen yang tidak pernah diterbitkan atau disiarkan di mana-mana kertas dan laman sesawang.

Rasailah rahsia dalam 108 buah puisi dan prosa, serta 12 buah cerpen yang disusun padat dalam 150 mukasurat. Rahsia tentang cinta, kerohanian dan kehidupan yang bakal membuatkan siang-siangmu berteman, malam-malammu lena berdakap senyuman.


mau saya hantar melalui pos?

1) Masukkan RM25 (termasuk kos penghantaran RM5) ke dalam akaun;

Mohammad Syukri Borhan
1142 0945 4698 (Maybank)

2) Lampirkan bukti pembayaran/resit transaksi, nama penuh, alamat dan nombor telefon. Nyatakan subjek/tajuk email RAHSIA 2 PRIA dan hantar ke

mosyukiborhan@gmail.com

*****

mau dapatkannya langsung dari tangan saya?

Aturkan saja pertemuan di mana-mana tempat sekitar Shah Alam atau lebih mudah di Gravy Baby Musicafe. Naskhah rahsia akan saya hulurkan kepada kamu.

*****

atau mau memilikinya tanpa saya sedari?

1) Pesan melalui Adi Wafi.

2) Pesan melalui Selut Press.

3) Dapatkan di kedai-kedai buku;

*****

 Kosmo! 17 September 2012

Berita Harian 18 September 2012

9 comments:

  1. tidak dapat hadirkan diri masa lalu.
    tp pasti akan dapatkan nya

    ReplyDelete
  2. sy dah memilikinya.. menarik! kali pertama dlm hidup hati terdetik mahu memiliki buku yg memuatkan puisi2. dan buku itu adalah rahsia 2 pria.
    tahniah ntk kedua-dua penulis. :)

    -rusydina-

    ReplyDelete
  3. sudah ada di MPH?am so gonna get it!

    ReplyDelete
  4. tetibe terasa nk dapatkn buku ni after tgk kt instag kak nad..still xde kt mph eh??

    ReplyDelete