Monday, August 13, 2012

cuba

dan percayalah,
malam-malam kosong ini
aku tak pernah cuba
mengingat tentangmu,
dari
pesan-pesanmu yang aku simpan
gambar-gambar yang pernah kau titipkan
hingga
lagu-lagu kegemaranmu yang sering aku putar

segalanya tentangmu
yang telah cuba aku hindarkan
ternyata
sukar dan tak bisa terpadam

jadi,

jangan cuba bohong
tentang perasaanmu padaku
kerana aku telah terlebih dahulu cuba begitu

8 comments:

  1. kenapa tiap kali aku tgh down.. ko up benda2 mcm ni??? ko mmg tukang bikin puisi unt aku..

    ReplyDelete
  2. kebetulan masa klik untuk baca post ini, saya sedang dengar lagu Asfan-terhenti disini, rasa macam nak lancar amuk dengan hati sendiri sebab masih lagi...keliru, celaru.


    sigh.


    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar, cuba sampai tenang.

      dengar lagu tu sambil baca, padu! thanks!

      Delete
  3. namun beza skali caranya
    tak pernah cuba ku lenyapkan
    apa jua kaitan dgn mu
    kerna itu semua indah

    bukan bohong yg diinginkan
    cuma ragu enggan tinggalkan hati ini
    dibalas ataw ditolak
    mengusut fikiran tanpa henti

    adakah sedar menyinggah dirimu?
    ternyata gmbar mahupun pesan
    semua itu caraku memberitahu
    jgn bisa hilang dari pandanganku.

    ReplyDelete