indah.
perasaan indah di wajahmu
perasaan indah di wajahmu
seolah sedang bawa aku terbang
tinggi,
laju,
dan jauh.
resah.
perasaan resah di jantungku
seolah memaksa degupan kencang
berlari,
laju,
dan rusuh.
harapan ini pesawat yang
sepertinya sedang bawa kita
ke landasan mendarat yang sama
ke daerah jiwa yang sama
ke arah mimpi-mimpi yang pernah kubilang padamu; percuma.
tapi kita terbang dengan kelas yang beda.
apakah kau tahu pundak ini telah sedia
menadah pilu yang bertakung dimatamu?
apakah kau tahu mata ini selalu berjaga
menyelinapi rahasia yang tersimpan pada manis senyummu?
kita saling kenal--sepertinya dekat tapi jauh.
kita sering ketemu--sepertinya berbicara tapi bisu.
lalu
perasaan itu tertunda
bagai penerbangan yang dicemburui rusuhan cuaca
hingga segalanya reda
bila aku katakan,
"aku mahu terbang dengan kelas pertama"
dan
kau ujarkan tanya padaku
"mahu ke mana?"
aku diam bagai dipaku
bila kelip-kelip papan destinasi itu, kesemuanya tertera namamu.
tentang kau dan dia yang sedang berkongsi destinasi yang sama, tapi merasa jauh dan beda lalu takut untuk menyatakan rasa hati. biar perasaan yang akhirnya bersuara sendiri.
pentas Pasar Buku BOCO 5. silakan, video di sini.
pentas Pasar Buku BOCO 5. silakan, video di sini.
baca dlm hati.. bila dah smp di hujung bait terakhir.. aku senyum manis sorang..
ReplyDeletepastikan bait terakhir tak terus bunuh rasa kau.hehe
Deleteterima kasih Ecah sbb selalu sokong aku.
terima kasih jugak sbb selalu buat aku senyum sorang dan perasan sorang..hahaha
Deleteindah.
ReplyDeleteperasaan yang indah kn? =)
Deleteterima kasih.
haha cik ecah,kita sama ! ;D
ReplyDeleteyeayyy..sep satu kali!
Deletekita semua sama! =)
Deleteindahnya :)
ReplyDelete*senyum*
Deletebaru semalam dpt kan telegram di akar sh.alam.
ReplyDeleteterima kasih byk ya! selamat menghadam semua mimpi2 sy dlm naskhah itu.
Deletesukar utk dia fahami.
ReplyDeletekalau dua2 punya hati yang sama. takkan jadi susah kn..
Deletedeclaration yg indah.
ReplyDeletetahniah bro
kau pn mungkin punya rasa yang sama dgn aku.hehe terima kasih.
Deletetekan replay video seribu kali. buat semua rasa bahagia. :)
ReplyDeletewhoah! terima kasih lebih dr seribu kali!
Deletemoga terus2 senyum ya =)
tiket dah beli?
ReplyDeletedah. tp penerbangan asyik tertunda.
Delete1st time snggh cnie..then,aku jatuh cinta!!!!
ReplyDeletenice word,byk kali ulang tgk video..hihiihi
rasa berada diawangan...=)
oh terima kasih.
Deleteharap kamu terus di awangan =)
bikin tersenyum sorang2 :))
ReplyDeletedan tengok video pn makin) tersenyum sorang2 :))
ReplyDeletemgkn terkena pd hidup kamu. terus senyum ya! =)
Deleteterima kasih.
apa khabar?
ReplyDeletebaik. aku rindu kau.
DeleteIni kelas pertama dengan tempat duduk luar biasa.
ReplyDeletetempat duduk biasa saja, tapi cuma impiannya saja dirasakan pd kelas pertama.
Deleteterima kasih.
dalam banyak-banyak puisi kau..ni paling best.
ReplyDeletetak habis-habis aku bca ulang kali..haha
sweettt
ReplyDeletetrsenyum sorang2 ^_^