Monday, March 19, 2012

pada setiap tanya

seketika
membaca wajahmu
pada setiap tanya,
akankah kita mengungsi khayal ke awan menggulung nan gebu
di lataran langit nan biru?
kemudian
kau tusuk kerlingan matamu padaku
saat kita terbang menyisip tanganmu ke lenganku.

seketika
membaca matamu
pada setiap tanya,
akankah segalanya berlaku
andai kita hanya merelakan kenyataan
ketika
kau masih terus diam dan aku terus membisu.

19 comments:

  1. tuan punya blog.. mohon copy ayat-ayat anda. akan di creditkan jika diizinkan..

    ReplyDelete
  2. semoga nanti akan dapat jawapannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sudah hampir tp belum tercapai.

      Delete
  3. sebelum aku ambil si dia jadi permaisuri kerajaanku, apa kata kau buka langkah sepenuh daya.

    kataku, "SEKARANG JUGA!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus dimulakan sesuatu supaya kau dan dia tidak terlepas sesuatu. :)

      Delete
    2. Boja: aku pegang kata2 kau. "GENGGAM KUAT" terima kasih.

      Zakiah: ya benar. terima kasih =)

      Delete
  4. bertanya dengan mata kadangkala sukar nak dapat jawapan. mulut lebih pantas.

    bertindak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkadang mulut tak sejujur mata.

      Delete
    2. agreed.

      kadang-kadang mulut tak sejujur mata
      hanya hati yang tau segala

      * mendoakan yang terbaik untuk kamu bedua

      Delete
    3. siapa kata mata tak pandai menipu?

      Delete