Wednesday, August 24, 2011

bohong

bohongi aku tentang kau yang sudah berpunya
bohongi aku tentang kau yang sedang menukangi cinta dengan
kekasih lama
bohongi aku tentang senyummu serta bicara-bicara kita yang
cuma pura-pura

aku akan percaya semua bohong-bohongmu
untuk aku tak lagi mengingatimu

kerana
aku sedang membohongimu tentang menyukai dia yang
sebenarnya adalah kamu

11 comments:

  1. sini aku nyanyi lagu ziana zain, korban cinta. lalala~

    ReplyDelete
  2. terus terang saja
    ~sakit rasa bila berbohong, yang berbohong ahupun yang dibohongi :(

    ReplyDelete
  3. kdg2 kau merasakan semua yg berlaku adalah bohong semata.
    sebagai alasan utk menidakkan perasaan kau pada dia.

    "mmg susah utk cuba terus terang pada dia yang kau suka, kan?"

    terima kasih semua =)

    ReplyDelete
  4. sayu rase hati...itu yg lebih tepat..xsakit xpedih kerana berpegang pada redha..heehe

    ReplyDelete
  5. Such a beautiful poem. May I put this in my blog? (I already did :p)

    http://mightycrap.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. this poem slap ur face huh? hehe
    ok take it. thanks.

    ReplyDelete