Monday, July 18, 2011

papan hitam

petak ruang papan hitam ini dah hampir-hampir penuh.

aku mau padamkan setiap yang tertulis atasnya,
untuk nanti aku tulis semula.

mengetuk-ngetuk habuk-habuk
yang masih nakal melekat biar jatuh satu-satu.
meniup-niup serbuk-serbuk
yang tadinya jatuh biar terbang jadi debu-debu.

tulis semula
--tentang rasa, tentang cinta, tentang dia, tentang wang, tentang dunia.
yang aku mau
yang aku mau

sepertinya putih kapur ini impian yang aku tulis pada hitamnya sepapan akal.
segelapnya petak ruang ini aku goreskan setekan-tekan moga tak tertanggal.

kemudian;
aku padamkan setiap yang tertulis atas papan ini,
untuk nanti aku tulis semula.

tulis semula
--tulisan yang sama.

13 comments:

  1. aku jua ingin memadam dah menghentak-hentak habuk kasar yang ada supa ianya menjadi suci dan bersih seperti dahulu kemudian akan aku tulis dan conteng dengan lukisan hidup aku ;

    nak jugak kan hehhe

    ReplyDelete
  2. dunia. ya, segala dunia. ceritanya begitu.

    ReplyDelete
  3. aku boleh bayang situasinya ! :D

    ReplyDelete
  4. contengan hati: mari~hehe
    haikal: dunia.xboleh lari.
    juwita: =)
    akufujin: rasakan.

    terima kasih semua!

    *senyum*

    ReplyDelete
  5. aku tulis :- che ghu suka main bola..hari-hari che ghu main bola...jgn mara aaa

    ReplyDelete
  6. tulis. padam.

    begitu juga aku
    takut makanan lama jadi basi

    salam kenal :)

    ReplyDelete
  7. tulis guna kapur warna-warni..

    ReplyDelete
  8. Afiq Ah: semua mgkn sama.salam kenal =)
    Bella: cantik,tp tetap padam dan tulis semula kn,hehe

    ReplyDelete
  9. aku jarang lalu tp setiap lalu mesti tiada penyesalan

    tulis dan tulis dan padam

    ReplyDelete
  10. saya mahu tulis semua
    jeda & fikir semula
    ada yg patut disimpan dalam hati

    yang indah-indah

    ReplyDelete
  11. padam sekarang..
    lepas 2 saat..aku tulis tekan tekan
    kuat kuat moga terus ingat

    sesaat lepas tulis kuat kuat
    aku padam kembali laju laju

    begitulah selalu..

    ReplyDelete