Thursday, March 10, 2011

tak mahu tahu

kalau ku tahu habisnya begitu
takkan ku jadi biola untuk lagu-lagumu
takkan ku jadi gebar untuk malam-malammu

kalau ku tahu habisnya begitu
takkan ku jadi telapak 'tuk sambut jari-jarimu

kalau kau tahu habisnya begitu
tak perlu jadi telinga untuk cakap-cakapku
tak perlu jadi ketawa untuk dekah-dekahku

kalau kau tahu habisnya begitu
tak perlu jadi kertas untuk puisi-puisiku

aku tak mahu tahu

aku tak mahu tahu
yang aku mahu hanyalah dirimu

aku tak mahu habiskan begitu
sampai kau bicara dengan
jujur yang paling
lewat anak matamu


tentang mengharapkan cinta yang tiada jawapan. 'featured' dalam performasi Ermie. video, klik sini.

6 comments: