perihal mencintamu bukan tentang hidup bersama mati berdua,
tapi tentang rasa dikejami waktu-waktu tak bisa menggagah diri bila kau tiada.
Tuesday, March 22, 2011
Thursday, March 10, 2011
tak mahu tahu
kalau ku tahu habisnya begitu
takkan ku jadi biola untuk lagu-lagumu
takkan ku jadi gebar untuk malam-malammu
kalau ku tahu habisnya begitu
takkan ku jadi telapak 'tuk sambut jari-jarimu
kalau kau tahu habisnya begitu
tak perlu jadi telinga untuk cakap-cakapku
tak perlu jadi ketawa untuk dekah-dekahku
kalau kau tahu habisnya begitu
tak perlu jadi kertas untuk puisi-puisiku
aku tak mahu tahu
aku tak mahu tahu
yang aku mahu hanyalah dirimu
aku tak mahu habiskan begitu
sampai kau bicara dengan
jujur yang paling
lewat anak matamu
tentang mengharapkan cinta yang tiada jawapan. 'featured' dalam performasi Ermie. video, klik sini.

Tuesday, March 1, 2011
sembunyi
masa-masa
kau
berduka;
senyum hilang disorok airmata
gelap meraja membunuh cahaya.
aku
ada
ruang;
di daerah pencil jiwa
tempat kau bisa sembunyi senyummu juga cahaya.
ambillah nanti bila-bila mau diguna.
kau
berduka;
senyum hilang disorok airmata
gelap meraja membunuh cahaya.
aku
ada
ruang;
di daerah pencil jiwa
tempat kau bisa sembunyi senyummu juga cahaya.
ambillah nanti bila-bila mau diguna.
Subscribe to:
Posts (Atom)