Friday, December 31, 2010

aku hanya

oh cahaya
berikan kegelapan
aku sedang lemas dipelukan bintang

aku bukan siapa-siapa
cuma pemain teater dunia
yang lahir dengan sedikit gila

aku pelacur bahasa
menggomoli sabda-sabda persundalan kata

akulah kertas kumal
yang tertulis puisi khayal
dalam kumpulan terbuang

laguku pentasnya di kaki lima
puisiku rumahnya di tepi jalan
tinggalkan aku pergi padanya
berdekahlah gembira dan berpacaran

aku hanya
aku hanya
sang pemimpi--jalanan


tentang menjadi diri sendiri.

bunyi serta video performasi RANTAI 2010

14 comments:

  1. kamu sudah dgr performasinya kn? hehe

    ReplyDelete
  2. Tulisan anda menyentuh jiwa...

    ReplyDelete
  3. towards becoming ur self.
    this is nice dude :)

    ReplyDelete
  4. syuk! 'anon' tu kwn aku..aku promote blog ko kat die.. mintak komisyen sket bleh? huhu

    ReplyDelete
  5. nousya: terharu =)
    bella: thanx, nnt aku blanje air sirap.hehe

    ReplyDelete
  6. ingatkan nak bwk lagu ni kat akar..

    ReplyDelete
  7. thanx Camar =)
    aLy: masa terlalu sedikit utk org picisan mcm sy bwk byk2 puisi.hehe

    ReplyDelete
  8. request kat penghulu akar
    misti boleh punya!

    ReplyDelete
  9. ayat nak ngajak pi next akar la tu
    kan
    kan
    kan

    sila praktis 2 version
    1-dgn elektrik
    2-tanpa elektrik

    [=

    ReplyDelete