Friday, October 22, 2010

lelaki terhebat

dia lelaki degil terhebat
degil pada dirinya yang mengaku kuat
keringat yang merembes itu bagai ada yang mau dikata
kata-katanya senjata sakti
pesan-pesannya perisai besi

dibuangnya rindu jauh ke laut masin biar mereput hilang
dibenamnya pilu dalam ke dasar bumi biar mengakar tunjang
biarpun ku tak kata sayang. biarpun ku tak kerap pulang.

sepenat dia mengampu tenaga biarkan aku menahan siksa
sepanas dia diterik senja basah peluhnya biar aku yang rasa

bawa aku dalam mimpi bila-bila
suatu masa dalam jaga bila-bila
aku mau lagi berlumpur di bendang sawah
aku mau ingat waktu menangis diherdik marah

mau jadi sepertinya. mau hebat sepersis dia.
aku lapar lagi
kata-kata senjata sakti
pesan-pesan perisai besi
sampai mati
sampai mati


untuk pertama kali dalam hidup, pagi tadi aku ucap selamat hari jadi, dan dia balas 'terima kaseh'.
"selamat hari jadi Abah"

18 comments:

  1. ni wat aku betul2 mahu pulang

    ReplyDelete
  2. serius, ini kali pertama aku ucap pada dia.

    thanx semua! khabarkan pd abah2 kamu juga bila tiba hari lahirnya.

    ReplyDelete
  3. abah org yg hebat ya!
    selamat hari jadi....

    ReplyDelete
  4. Saga merah & ketayap putih, itulah Haji Borhan..

    ReplyDelete
  5. berkaca di mata membaca bait2 kata...
    kau berjaya mencuit sayu dipangkal kalbu..
    aku jadi rindu pada abah..

    ReplyDelete
  6. mmg.
    segera berputar perasaan saat membaca.
    respek !

    ReplyDelete
  7. mesej atau call atau face2face?

    ReplyDelete
  8. hebat dia, sehebat kamu..

    Se'gah' nama yang kamu usung.
    Mosyuki BORHAN.

    Selamat hari jadi abah..
    :abp:

    ReplyDelete
  9. terima kasih semua! Abah aku mmg hebat.sgt.

    =)

    ReplyDelete
  10. syuk, Azha here. i feel a sense of being uncared for in your poem because I experience the same thing too:( my dad is a man of few words so i now what it's like.this poem hits me so close.i guess, most fathers are not demonstrative, he may not express his love, but deep down inside, his love is all-embracing.

    beautiful poem as always:)

    ReplyDelete
  11. Azha.bukan uncared, cuma kami jarang bicara.hehe

    ReplyDelete