rebahlah dia di ribaan
lelaki gila yang cintanya tak pernah ada
meliar tangan kasar ke mukanya lembut
menyeka airmata ke pipinya menguyup
betapa mau padam sedih dan buat dia senyum sentiasa meski cintanya belum engkau dapatkan
Thursday, September 30, 2010
Wednesday, September 22, 2010
rasa tentang perasaan
ah.
ini rasa tentang perasaan;
bukan seperti tembok tembok terbekas dek tempelan cebis kertas.
bukan seperti baju baju ronyok yang sembuh dek tekanan panas.
aku rasakan ia tentang perasaan;
seperti lohong lohong seni yang meraksa tubuh untuk bernafas.
kerana emosi itu sememangnya perlu untuk engkau terus bernyawa.
ini rasa tentang perasaan;
bukan seperti tembok tembok terbekas dek tempelan cebis kertas.
bukan seperti baju baju ronyok yang sembuh dek tekanan panas.
aku rasakan ia tentang perasaan;
seperti lohong lohong seni yang meraksa tubuh untuk bernafas.
kerana emosi itu sememangnya perlu untuk engkau terus bernyawa.
Tuesday, September 14, 2010
punya lagikah rindu
punya lagikah bahasa rindu
yang kau ajar aku diam
bertinggung kaki
menganduh sabda sabda
cinta yang telah mati.
dan ranjang
pegun tak lagi bergasak merdu
saat kau beradu
disisi mencumbui
aku beribu kali.
punya lagikah rindu
saat kau melepas tanganku
paling dan berlalu.
yang kau ajar aku diam
bertinggung kaki
menganduh sabda sabda
cinta yang telah mati.
dan ranjang
pegun tak lagi bergasak merdu
saat kau beradu
disisi mencumbui
aku beribu kali.
punya lagikah rindu
saat kau melepas tanganku
paling dan berlalu.
Monday, September 6, 2010
sayang
katakan siapa saja yang
betah diasak depan belakang
pasti goyah
dek kecanduan rasa yang
mendesah kencang
dia itu pembunuh
dalam diam
betah diasak depan belakang
pasti goyah
dek kecanduan rasa yang
mendesah kencang
dia itu pembunuh
dalam diam
Thursday, September 2, 2010
masih tak mampu
jiwa yang meronyok ini sudah
lama tersimpan dan mendegil untuk bertahan.
memperhenyak tingkahlaku normal.
memperosok di setiap perincian akal.
jadi;
pinjamkan nyala bintang biar
bersuluh jurang terpaling dalam
lalu bawa aku
ke wilayah yang buat aku
lupa kau pernah datang untuk bermalam
masih tak mampu kan?
lama tersimpan dan mendegil untuk bertahan.
memperhenyak tingkahlaku normal.
memperosok di setiap perincian akal.
jadi;
pinjamkan nyala bintang biar
bersuluh jurang terpaling dalam
lalu bawa aku
ke wilayah yang buat aku
lupa kau pernah datang untuk bermalam
masih tak mampu kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)