Tuesday, January 12, 2010

baratkan Kuala Lumpur ini

di gerabak tren yang paling hujung
aku masih lenguh berdiri
tangis anak kecil
disahut pula soprano si gila

ah, biarkan.

mataku terarah pada
sepasang haiwan melayu
"ya, memang kau mahu
baratkan Kuala Lumpur ini dari dulu"

tubuh melekat.
tangan mengerat.
bibir hampir-hampir rapat.

sial. sejuk sangat ke dik?
tak apa,
di sana nanti tuhan panaskan kamu ya


14 comments:

  1. huhu....nek tren sambil cuci mata...huhu

    ReplyDelete
  2. haah...klu nek tren je mesti mte ak melilau2~~

    ReplyDelete
  3. melilau lihat anak melayu.....
    anak melayu x reti malu.......

    ReplyDelete
  4. Ya Tuhan jauhilah aku dan saudaraku dari bahang itu..
    melihat dari jauh pun aku tidak mahu..

    ReplyDelete
  5. bukan nak belagak.. tapi mmg tak penah suka naik tren..meluat..dan buat saya serba salah..

    ReplyDelete
  6. malu itu dah makin jauh sekarang :)

    ReplyDelete
  7. jujur tu mst, nk2 lg bila dh benci :)

    ReplyDelete
  8. OH MY! SARCASM! Super nice. I like~! :D

    ReplyDelete