Thursday, January 28, 2010

cinta

sesungguhnya; cinta itu amat keparat

ditunggu rasanya penat
dikejar pastinya tak larat

Thursday, January 21, 2010

tak akan mungkin

dan bila
diskusi dunia lebih sakti dari karya syurga

kau hampir lumat.
diasak setiap segenap.
menghirup nikmat yang padat.

bisikkan pada diri; hisablah

mungkin koordinat kau sedikit pesong dari kiblat
manis dunia tak akan mungkin habis kau jilat

Sunday, January 17, 2010

rata rasa

hati aku diperca-percakan lagi
untuk dikait dan bahagi-bahagi

biar sama rata
biar semua rasa

Wednesday, January 13, 2010

busur pencinta

kalau
niat kau untuk panah aku;
pastikan
posisinya
tepat di jantung

kalau
tersasar jauh melulu;
barangkali
bencana
bakal kau harung

Tuesday, January 12, 2010

baratkan Kuala Lumpur ini

di gerabak tren yang paling hujung
aku masih lenguh berdiri
tangis anak kecil
disahut pula soprano si gila

ah, biarkan.

mataku terarah pada
sepasang haiwan melayu
"ya, memang kau mahu
baratkan Kuala Lumpur ini dari dulu"

tubuh melekat.
tangan mengerat.
bibir hampir-hampir rapat.

sial. sejuk sangat ke dik?
tak apa,
di sana nanti tuhan panaskan kamu ya


Wednesday, January 6, 2010

sedap

tentunya hebat kalau
aku boleh bicara sama hujan malam

akan aku sampaikan pesan bantal
agar hujan teruskan rebasnya sampai kepetang



Monday, January 4, 2010

lacurkan aku

apakala sudi
minta-minta dilacurkan si aku ini

biar serakus mana kau yang datang
bakat aku yang diratah lebih
nikmat dari mereka-mereka yang telanjang