matanya tersangkut pada aku.
bibirnya terkatup depan aku.
hari ini aku lihat
pemimpi kecil menjinjing luka pada nyawa yang tak punya tambahan.
pejam. rupa-rupanya aku kalah.
hari ini aku lihat
pemimpi kecil menatang nyawa pada luka yang masih kuat terlawan.
diam. rupa-rupanya aku kalah.
senyum. ketawa. airmata.
semua tentangnya yang paling gagah.
rupa-rupanya aku yang paling kalah.
Wednesday, January 18, 2012
Wednesday, January 11, 2012
kerana
kerana cuma bulan yang tahu
membikin cahaya indah bertebar,
bintang memilih untuk diam mengerdip dengan kilau
berpijar-pijar.
kerana cuma tuhan yang tahu
mana salah mana benar,
aku memilih untuk diam dan tak hirau apa yang sedang
disebar-sebar.

Tuesday, January 3, 2012
terbengkalai
separuh jiwa tertuang
ke dalam buku nota lama yang dituliskan tentang perasaan muda.
ada helaian yang terkoyak bila dia pergi.
ada helaian yang tersorok bawah almari.
ada helaian yang tersemat di balik pintu kamar untuk kita baca curi-curi.
cuma
helaian aneh yang satu itu basah ditumpahi
airmata yang gagal kau empangi.
kemudian menitis, keringlah
saat kau gantung tinggi
tak tercapai.
lalu memudar, lunturlah
baris-baris puisiku dan perasaan hati
yang terbengkalai.

Subscribe to:
Posts (Atom)