pensil kayu yang tertoreh
namamu telah
lama patah
kertas-kertas penuh
puisi-puisi rapuh yang
kejam membunuh
telah kukoyak basah
semata tak siapa
layak menyentuhnya
selain kau yang cuba bohong tentang
peliknya perasaan kita
sedangkan
aku tidak.
Tuesday, May 24, 2011
Sunday, May 8, 2011
kedelapan
seluruh aku ini
hanya ketakutan dalam berani
kerana
aku adalah mimpi yang aku harapkan
yang hanya takut
untuk menjadi seorang aku yang
terus senyum tanpa segala sedan.
hanya ketakutan dalam berani
kerana
aku adalah mimpi yang aku harapkan
yang hanya takut
untuk menjadi seorang aku yang
terus senyum tanpa segala sedan.
Thursday, May 5, 2011
bunyi
ini cuma malam
yang aku kutipkan sepah-sepah bunyi lalu anyamkan ke angan tari
biarkan bulan cemburu
kapas-kapas awan merindu
nada-nada berpadu
terbanglah senyum
padamu.
yang aku kutipkan sepah-sepah bunyi lalu anyamkan ke angan tari
biarkan bulan cemburu
kapas-kapas awan merindu
nada-nada berpadu
terbanglah senyum
padamu.
Subscribe to:
Posts (Atom)