Thursday, November 26, 2009

yang terlupakan

bulan belum mahu tenggelam

waktu itu dipalu-palukan beduk buruk
sudah
hampir lima subuh
bawah gebar kita menyorok

sebelum bumi tak lagi kuat berputar
lekapkan lutut
telangkupkan telapak jemari ke tikar
rapatkan dahi ke lantai jangan ingkar

sebelum matahari tak lagi janji
nak terangi kita
sedarlah
kita singgah tak lama


we always left it behind, did you realized? sujudlah

Monday, November 23, 2009

diam kau

sorak kau memang kuat
salah sahaja kau ludah kau maki pekat

borak kau memang lebat
kalau benar kau hebat, pamerkanlah
bangsat



Friday, November 20, 2009

silakanlah

silakan kata aku bodoh
silakan hina aku dengan sial

asalkan aku tak sebebal kau
yang patuh dengan nafsu syaitan


AlhamduLillah...

Tuesday, November 17, 2009

Fynn Jamal kata

dia kata kalau suka jangan menari atau tepuk tangan
cuma pejam mata dan layan

aku tak pernah gerak
hujan pun aku tak beranjak setapak

sebab dia pertontonkan
sebab dia Fynn Jamal


konserto Anti Dadah di Laman Budaya Shah Alam
Sabtu 14 November 2009
0600 petang

Wednesday, November 11, 2009

sekejap



ada perkara atau perasaan yang terlintas tiba-tiba dan buat kita fikir seketika