Friday, August 31, 2012

u

malam ini malam baru
malam kau bontoti bunga api kuning biru
malam cumbu
malam pujukrayu
malam tubuh bersatu.
nyata malammu malam busuk dan berbau.

lupakah kau malam ini masa lalu?
malam mereka dulu-dulu?
hak-hak mereka dicatu?

malam sejarah yang kau simpan dalam buku
--malam tigapuluhsatu.

Monday, August 13, 2012

cuba

dan percayalah,
malam-malam kosong ini
aku tak pernah cuba
mengingat tentangmu,
dari
pesan-pesanmu yang aku simpan
gambar-gambar yang pernah kau titipkan
hingga
lagu-lagu kegemaranmu yang sering aku putar

segalanya tentangmu
yang telah cuba aku hindarkan
ternyata
sukar dan tak bisa terpadam

jadi,

jangan cuba bohong
tentang perasaanmu padaku
kerana aku telah terlebih dahulu cuba begitu

Thursday, July 12, 2012

antologi cerpen 'sepuluh ribu'

Sepuluh keping gambar, sepuluh penulis.
Sepuluh cerpen, sepuluh ribu cerita dan rasa.

'Origami Bintang' di dalam antologi ini
adalah percubaan pertama saya menulis cerpen.
Begitu juga bagi sembilan rakan penulis lain, sama ada kali pertama menulis cerpen atau kali pertama cerpen dibukukan,
setiap daripadanya tetap punya jiwa.
Seperti yang diperkatakan oleh penyunting buku ini, Wani Ardy,
"saya percaya dengan kuasa kali pertama".

Sepuluh Ribu
antologi cerpen
diterbitkan oleh Selut Press
dilancarkan pada 24 Jun 2012 di Annexe Gallery, Central Market.


mau?

1) Masukkan RM25 (termasuk kos penghantaran RM5) ke akaun;

Mohammad Syukri Borhan
1142 0945 4698 (Maybank)

2) Sila lampirkan
bukti pembayaran/resit transaksi, nama penuh, alamat dan nombor telefon.
Dengan subjek/tajuk email SEPULUH RIBU dan hantar ke

mosyukiborhan@gmail.com

3) Atau kamu mahu dapatkannya dengan harga RM20,
langsung dari tangan saya?
Aturkan saja pertemuan di Gravy Baby Musicafe atau mana-mana tempat di sekitar Shah Alam, dan saya akan bawa buku ini kepada kamu.


"jadi jangan tunggu, ayuh miliki SEPULUH RIBU"