Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Monday, October 8, 2012

'rahsia 2 pria' - koleksi puisi dan cerpen


Bermula dengan pertemuan secara kebetulan setelah membaca puisi-puisi saya, Aloy Paradoks dengan berani merancang sebuah projek rahsia. Tulisan serta rasa hati oleh dua pria; Saya dan Adi Wafi digabungkan di dalam sebuah buku.

koleksi puisi dan cerpen
terbitan Selut Press

Pra-pelancaran: 08 September 2012 / Gravy Baby, Shah Alam.
Pelancaran: 22 September 2012 / Annexe Gallery, Central Market.

Buku ini memuatkan puisi-puisi lama dan baru daripada kami, serta prosa dan cerpen yang tidak pernah diterbitkan atau disiarkan di mana-mana kertas dan laman sesawang.

Rasailah rahsia dalam 108 buah puisi dan prosa, serta 12 buah cerpen yang disusun padat dalam 150 mukasurat. Rahsia tentang cinta, kerohanian dan kehidupan yang bakal membuatkan siang-siangmu berteman, malam-malammu lena berdakap senyuman.


mau saya hantar melalui pos?

1) Masukkan RM25 (termasuk kos penghantaran RM5) ke dalam akaun;

Mohammad Syukri Borhan
1142 0945 4698 (Maybank)

2) Lampirkan bukti pembayaran/resit transaksi, nama penuh, alamat dan nombor telefon. Nyatakan subjek/tajuk email RAHSIA 2 PRIA dan hantar ke

mosyukiborhan@gmail.com

*****

mau dapatkannya langsung dari tangan saya?

Aturkan saja pertemuan di mana-mana tempat sekitar Shah Alam atau lebih mudah di Gravy Baby Musicafe. Naskhah rahsia akan saya hulurkan kepada kamu.

*****

atau mau memilikinya tanpa saya sedari?

1) Pesan melalui Adi Wafi.

2) Pesan melalui Selut Press.

3) Dapatkan di kedai-kedai buku;

*****

 Kosmo! 17 September 2012

Berita Harian 18 September 2012

Tuesday, September 4, 2012

kelahiran 'rahsia dua pria'

ini adalah sebuah projek rahsia yang menggabungkan dua pria.
segalanya akan terbongkar beberapa hari lagi.

Sabtu.08 Sep 2012.0300 petang
Gravy Baby! Shah Alam


untuk pra tempahan sila klik SeLUT PRESS

Thursday, July 12, 2012

antologi cerpen 'sepuluh ribu'

Sepuluh keping gambar, sepuluh penulis.
Sepuluh cerpen, sepuluh ribu cerita dan rasa.

'Origami Bintang' di dalam antologi ini
adalah percubaan pertama saya menulis cerpen.
Begitu juga bagi sembilan rakan penulis lain, sama ada kali pertama menulis cerpen atau kali pertama cerpen dibukukan,
setiap daripadanya tetap punya jiwa.
Seperti yang diperkatakan oleh penyunting buku ini, Wani Ardy,
"saya percaya dengan kuasa kali pertama".

Sepuluh Ribu
antologi cerpen
diterbitkan oleh Selut Press
dilancarkan pada 24 Jun 2012 di Annexe Gallery, Central Market.


mau?

1) Masukkan RM25 (termasuk kos penghantaran RM5) ke akaun;

Mohammad Syukri Borhan
1142 0945 4698 (Maybank)

2) Sila lampirkan
bukti pembayaran/resit transaksi, nama penuh, alamat dan nombor telefon.
Dengan subjek/tajuk email SEPULUH RIBU dan hantar ke

mosyukiborhan@gmail.com

3) Atau kamu mahu dapatkannya dengan harga RM20,
langsung dari tangan saya?
Aturkan saja pertemuan di Gravy Baby Musicafe atau mana-mana tempat di sekitar Shah Alam, dan saya akan bawa buku ini kepada kamu.


"jadi jangan tunggu, ayuh miliki SEPULUH RIBU"

Tuesday, December 27, 2011

'telegram' - koleksi puisi-puisi pop untuk sang pemimpi


Saya memohon maaf kerana kesibukan lewat ini membuatkan saya berhenti menulis seketika. Terus terang saja, ini adalah buku sulung yang saya terbitkan sendiri untuk saya kongsikan segala rasa hati dan tulisan saya kepada semua.

'Telegram'
koleksi puisi-puisi pop untuk sang pemimpi
prakata oleh Wani Ardy

Buku ini cuma kertas-kertas berisi puisi-puisi pop yang saya cetak dan kepilkan satu persatu, lalu saya salut dengan kepingan kertas sedikit keras berwarna cokelat.

Terisi padat dengan 73 buah puisi dalam 86 mukasurat yang (mungkin) akan membuatkan siang-siang dan malam-malam kamu senyum bagai sang pemimpi.

mau?

1) Masukkan RM 15 (termasuk kos penghantaran RM 5) ke akaun;

Mohammad Syukri bin Borhan
1142 0945 4698 (Maybank)

2) Lampirkan resit transaksi (scan, print screen atau ambil gambar guna telefon bimbit anda) dan hantar ke  

mosyukiborhan@gmail.com

3) Sila nyatakan nama penuh, alamat dan nombor telefon untuk saya hubungi.

subjek/tajuk email adalah TELEGRAM BUAT SANG PEMIMPI

4) Bagi sesiapa yang tinggal di sekitar Shah Alam atau kawasan berhampiran, boleh dapatkan buku ini langsung dari tangan saya dengan harga RM10


*lebih mudah kalau kamu datang saja ke Gravy Baby Musicafe, Laman Seri, Sec.13 Shah Alam, untuk kita berjumpa, duduk sebentar atau mungkin minum kopi secawan.

mudah kan?


Terima kasih kerana masih bersama-sama saya sampai hari ini.
*senyum*