kenapa kau masih
bisa tertawa
ketika luka memanah jiwa?
dibusurkan harapan kejam
menusuk laju ke dalam hati; tajam.
kenapa kau masih
bisa tenang
di hujung ranting dunia tanpa sayap untuk terbang?
digetarkan sang beliung duga,
membentes kaki sejatuh-jatuhnya.
kenapa
tak
kau
simpan saja kenapamu?
itu cuma persoalan tolol yang tak perlu kau tanyakan,
asal saja kau masih percaya
dari mana datangnya cinta; adalah punca segala jawapan.
sabar ya sahabat, sentiasa percaya bahawa rancangan tuhan itu paling berbaloi untuk kau tunggu.
Sunday, December 30, 2012
Friday, November 23, 2012
tatkala
tatkala
lebuhraya lagi kemacetan,
dalam kereta ke tempat kerja,
radio mengkhianat diam
menghidang manis sarapan
lagu yang pernah kita suka.
--lalu buru buru namamu menerpa.
tapi
tatkala ini terjadi pada harimu,
apakah
namaku walau sedetik
mampir di kotak fikirmu?
Lebuhraya Persekutuan
lebuhraya lagi kemacetan,
dalam kereta ke tempat kerja,
radio mengkhianat diam
menghidang manis sarapan
lagu yang pernah kita suka.
--lalu buru buru namamu menerpa.
tapi
tatkala ini terjadi pada harimu,
apakah
namaku walau sedetik
mampir di kotak fikirmu?
Lebuhraya Persekutuan
Monday, October 8, 2012
'rahsia 2 pria' - koleksi puisi dan cerpen
Bermula dengan pertemuan secara kebetulan setelah membaca puisi-puisi saya, Aloy Paradoks dengan berani merancang sebuah projek rahsia. Tulisan serta rasa hati oleh dua pria; Saya dan Adi Wafi digabungkan di dalam sebuah buku.
koleksi puisi dan cerpen
oleh Mosyuki Borhan dan Adi Wafi
Pra-pelancaran: 08 September 2012 / Gravy Baby, Shah Alam.
Pelancaran: 22 September 2012 / Annexe Gallery, Central Market.
Buku ini memuatkan puisi-puisi lama dan baru daripada kami, serta prosa dan cerpen yang tidak pernah diterbitkan atau disiarkan di mana-mana kertas dan laman sesawang.
Rasailah rahsia dalam 108 buah puisi dan prosa, serta 12 buah cerpen yang disusun padat dalam 150 mukasurat. Rahsia tentang cinta, kerohanian dan kehidupan yang bakal membuatkan siang-siangmu berteman, malam-malammu lena berdakap senyuman.
mau saya hantar melalui pos?
1) Masukkan RM25 (termasuk kos penghantaran RM5) ke dalam akaun;
Mohammad Syukri Borhan
1142 0945 4698 (Maybank)
2) Lampirkan bukti pembayaran/resit transaksi, nama penuh, alamat dan nombor telefon. Nyatakan subjek/tajuk email RAHSIA 2 PRIA dan hantar ke
mosyukiborhan@gmail.com
*****
mau dapatkannya langsung dari tangan saya?
Aturkan saja pertemuan di mana-mana tempat sekitar Shah Alam atau lebih mudah di Gravy Baby Musicafe. Naskhah rahsia akan saya hulurkan kepada kamu.
*****
atau mau memilikinya tanpa saya sedari?
2) Pesan melalui Selut Press.
3) Dapatkan di kedai-kedai buku;
Subscribe to:
Posts (Atom)




